Monday 20 July 2020

MENJENGUK KEBUN GETAH PENINGGALAN AYAH


Kebanyakan kita bukan dilahirkan dari keluarga kaya. Namun, berkat usaha dan pengorbanan ibu bapa, kehidupan berubah menjadi lebih baik. Berbekal pengorbanan dan didikan ibu bapa, banyak yang berjaya mengubah dan mencapai kehidupan lebih baik. Jadi, jangan sekali-kali kita lupa pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka kita tidak ada apa-apa.

Catatan ini dizahirkan apabila membaca kiriman sahabat di FB.

Pagi ni jengok kebun getah peninggalan ayah. Diusahakan dengan penat jerih dan air mata semasa zaman susah dulu.

"Dia" tidak kaya tetapi berjaya mendidik anak anak untuk keluar dari kemiskinan dan hidup lebih selesa berbanding dulu.

Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu tidak terbalas oleh kami..

Alfatihah untuk ayah dan ibu.

Di ruangan komen ada meninggalkan catatan: Dia buat kebun selain utk menyara keluarga juga Di niat untuk Di tinggal kepada anak2 .. jadi anak2 jangan jual kecuali atas alasan yg terpaksa

No comments:

Post a Comment