Wednesday, 13 March 2024

BEZA MENTEGA DAN MARJERIN

 
Mentega dan narjerin tidak sama. Tetapi banyak orang keliru dan menganggapnya sama. Hanya berbeza pada nama. Sedangkan kedua-duanya jauh berbeza. Ikuti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, pakar kesihatan dan perubatan.
 
Bahan Utama
Mentega = krim/susu tenusu
Marjerin = lemak/minyak sayuran
 
Proses Pembuatan
Mentega = susu digodak/putar (fizikal)
Marjerin = lemak sayur dihidrogenasi (kimia)
 
Jenis Lemak*
Mentega = lemak tepu, rendah lemak trans
Marjerin = lemak tak tepu, tinggi lemak trans
*lemak tepu dan lemak trans, tak baik. Ada produk marjerin yang dibuang lemak trans melalui proses tertentu.
 
Rasa*
Mentega = lebih berlemak (lebih sedap)
Marjerin = kurang berlemak
*Ada marjerin yang ditambah lemak tenusu atau bahan campuran lain untuk meningkatkan rasanya.
 
Kos/Harga
Mentega = mahal
Marjerin = murah
Contoh
Mentega = Golden Churn, Lurpak, Emborg
Marjerin = Planta, Daisy, Seri Pelangi
 
Ada resepi yang boleh saling tukar ganti antara mentega dan marjerin, ada pula resipi tak boleh. Jadi, periksa betul-betul.
 
Mentega mempunyai warna yang lebih pucat daripada marjerin dan ia perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana teksturnya yang lembut serta cair pada suhu bilik.
 
Mentega dan marjerin selamat dimakan, tetapi pada kadar yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan. Ingat, makan boleh, melantak tak boleh.

No comments:

Post a Comment