Manusia dan cimpanzi pernah cuba dibesarkan
seperti adik-beradik oleh keluarga Kellogg (Luella dan Winthrop Kellogg).
Manusia ini adalah anak mereka, Donald Kellogg.
Donald mula dibesarkan bersama dengan cimpanzi
(Gua) ini ketika Donald berusia 10 bulan. Tujuan Kellogg buat benda ini adalah
untuk tengok sama ada Gua boleh berkelakuan seperti manusia atau tidak jika
dibesarkan bersama-sama manusia.
Mereka nak tengok pengaruh persekitaran dan
genetik dalam perkembangan tingkah laku. Kellogg menjangkakan, Gua akan
berperangai seperti manusia jika dibesarkan bersama-sama manusia.
Mengikut pemerhatian dan ujian Kellogg, Gua
dapat berkelakuan seperti Donald. Pandai gunakan cawan, sudu dan mengenal
orang. Malah, perkembangan Gua lebih cepat.
Selepas sembilan bulan mereka dibesarkan
bersama-sama, Kellogg menhentikan eksperimen ini apabila Donald mula meniru
percakapan Gua. Malah, Donald nak minta makanan pun bukan macam orang.
Donald lebih berperangai Cimpanzi
berbanding Gua berperangai manusia. Cimpanzi memang tidak mampu merealisasikan
bahasa komunikasi manusia. Manusia pula lentur dan fleksibel, pandai
beradaptasi. Gua tidak mencapai apa yang diharapkan oleh Kellogg sebab
keterbatasan Gua dalam berkomunikasi.
Kredit penulis dan pemilik gambar asal.
No comments:
Post a Comment