Saturday, 7 August 2021

PEGAR MIRIP GABUNGAN AYAM DAN KALKUN

 
Ayam pegar ialah sejenis burung kuang yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Sumatera. Nama saintifiknya ialah Lophira ignitaPegar boleh dijumpai di hutan tanah pamah kecuali hutan paya gambut.

Burung yang semakin sukar ditemui ini disenaraikan dalam Appendiks III CITES di Malaysia, dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. 

Ayam pegar adalah ayam yang memiliki bentuk mirip gabungan antara ayam dan kalkun dipercayai berasal dari Tibet dan wilayah barat China. 

Biarpun habitat asalnya di kawasan sejuk, ayam ini boleh dipelihara dan dibiakkan di kawasan yang beriklim tropika. Bahkan daya tahannya terhadap penyakit relatif lebih baik daripada jenis ayam lain.

Jenis ayam ini makin disukai penggemar unggas, kerana bulunya berwarna-warni dan sangat cantik. Tetapi bulu berwarna-warni hanya dimiliki ayam jantan. Sebab bulu pada ayam betina didominasi warna kecokelatan.

Untuk membiak ayam hias ini diperlukan induk jantan dan betina berusia paling kurang setahun setengah. Ayam pegar terdiri atas beberapa jenis, dan semuanya memiliki warna bulu yang cantik. 

Jenis yang popular antara lain pegar emas, pegar perak, pegar kaung, dan jenis yang dikenal dengan nama lady armherst pheasant. 

Ayam pegar bersaiz antara 55 hingga 70 cm panjang, dengan panjang ekor 15-30 cm. Berat badannya antara 1.6 kg hingga 2.6 kg. 

Burung jantan lebih besar daripada burung betina. Kedua-dua jantina juga boleh dikenal pasti melalui jambul dan kulit muka berwarna biru.

Telur ayam pegar berwarna putih krim. Sebanyak 4-8 telur akan dieramkan sehingga beberapa minggu. Anak burung mempunyai bulu coklat kehitaman di bahagian atas dan kelabu putih di bahagian bawah.

No comments:

Post a Comment