Saturday 27 January 2024

BUAH BIDARA MADU RASA MANIS BERJUS

 
Banyak jenis pokok sekarang berstatus “madu”. Asal lebih sedap dan manis berbanding dengan pokok lain, maka dinamakan madu.
 
Salah satu pokok yang turut mendapat status madu ialah buah bidara madu. Buah bidara mudu berwarna kuning, berbeza dengan buah bidara biasa berwarna hijau.
 
Bidara madu adalah jenis pokok mybrid berasal dari Thailand. Buahnya berwarna kuning bermula ketika putik lagi. Rasanya manis dan berjus.
 
Pokok bidara madu tidak sebesar pokok bidara kampung biasa. Jadi, ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.
 
Pokok bidara manu jenis berbuah tidak bermusim. Berbuah lebat dan memang nampak cantik. Justeru, selain untuk mendapatkan buahnya, sesuai juga dijadikan pokok hiasan.
 
Boleh dibiakkan secara tut atau menggunakan biji benih.


No comments:

Post a Comment