Wednesday 24 April 2024

PERTUNJUKAN PENERBANGAN FORMASI

 
Penerbangan formasi adalah pergerakan pesawat dalam satu formasi yang membentuk satu corak yang unik bila dilihat dari pandangan mata kasar.
 
Ada banyak jenis penerbangan formasi yang sering digunakan dalam upacara lintas hormat. Antaranya adalah formasi Vic, Echelon Port, Echelon Starboard dan Line Astern. Kalau hendak tahu bentuk formasi berkenaan, anda boleh saja google di internet.
 
Pada kebiasaannya, juruterbang yang terpilih untuk mengemudikan pesawat dalam penerbangan formasi ini adalah dipilih dari kalangan mereka yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pesawat.
 
Pernah dengar tak Team Red Arrows? Mereka ini adalah juruterbang terlatih. Terbaik di kalangan yang terbaik. Memang tugas mereka adalah membuat pertunjukan udara dengan pelbagai jenis formation yang unik dan sukar.
 
Penerbangan formasi yang dilakukan Red Arrows memang cukup hebat. Justeru, amat sukar hendak terpilih masuk dalam pasukan ini. Hanya yang terbaik akan terpilih masuk dalam pasukan antara terbaik di dunia ni.
 
Walau pun begitu, kemalangan tetap juga pernah berlaku pada kumpulan sehebat Red Arrows ini akibat dari beberapa faktor seperti masalah tekbikal dan kecuaian manusia.
 
Masalah cuaca dan angin lintang jarang menjadi penyebab kemalangan kerana juruterbang akan buat penilaian yang jitu sebelum terbang untuk mengelakkan kemalangan.
 
Kecuaian manusia boleh terjadi kepada mana-mana juruterbang sama ada juruterbang baharu atau yang berpengalaman.
 
Bagi kapal terbang, dalam formasi Vic, pesawat paling depan itu dipanggil “pemimpin”. Pesawat di sebelah kiri dan dan kanan biasanya dipanggil "sayap".
 
Bagi helikopter, biasanya dalam lintas hormat akan membuat formasi Line Astern.
 
Pesawat paling depan adalah pemimpin, manakala pesawat seterusnya d ibelakang biasanya dipanggil no.2, no.3, no.4, no.5, dan no.6
 
Semasa lintas hormat, tugas lpemimpin" adalah sebagai "penjaga masa", koordinat dengan pegawai pemerhati di bawah dan meberi arahan kepada pesawat lain yang mengikuti d ibelakangnya.
 
Tugas pesawat lain pula adalah mengikut pesawat "pemimpin" dan kekalkan jarak sesuai semasa penerbangan lintas hormat sedang berjalan.
 
Apa jua pergerakan kapal “pemimpin” perlu dituruti dengan penuh displin oleh pesawat terdekatnya. Sebab itu, sebelum penerbangan, taklimat khas akan dilakukan.
 
Dan jika ada sebarang masalah teknikal atau mekanikal, juruterbang mana-mana pesawat akan terus memaklumkan dan meninggalkan atau keluar daripada formasi penerbangan tersebut.
 
Dan "keluar" itu juga dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan semasa taklimat. Semua juruterbang mesti ambil perhatian terhadap tekniknya.
 
Pesawat-pesawat lain akan teruskan tugasan dan apabila selesai, pesawat-pesawat lain akan mendarat manakala pesawat “pemimpin” akan kembali dan melakukan “mencari dan menyelamat pada pesawat yang mungkin terpaksa mendarat cemas itu tadi.
 
Semua juruterbang yang terlibat mesti faham dengan tugasan yang akan dijalankan dan semua juruterbang juga mestilah sihat dan cergas sebelum tugas ini dijalankan.
 
Kredit Mohd Ezairol Rezan Zainol