Tidak ramai kenal pokok kulim. Namun jika disebut Kulim,
Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah pergi ke sana.
Di Pasir Putih, Kelantan pula ada nama tempat Gong Kulim. Di Tanah Merah pula ada nama Kampung Kulim.
Pokok kulim semakin kurang ditemui, kecuali di dalam hutan
tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi
dan batang pokok boleh dijadikan balak.
Pokok ini mengeluarkan buah kulim. Buah kulim juga dipanggil
bawang hutan. Buah kulim biasanya berbuah sama dengan musim durian.
Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya.
Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan.

Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan
kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.
Buah
kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga
kesihatan.
Antara
khasiat buah kulim ialah merawat atau mengawal:
-
Kencing manis.
-
Buasir berdarah.
- Masalah buah pinggang.
- Masalah buah pinggang.
-
Penyakit darah tinggi.
-
Penyakit resdung.
-
Penyakit gout.
-
Membuang kolesterol.
-
Menghilangkan rasa berat badan.
- Membuang toksin dari badan.
No comments:
Post a Comment