Friday 18 September 2020

IKAN DAUN BARU SEDAP DIGORENG GARING

 
Salah satu jenis ikan yang jarang kita dengar namanya ialah ikan daun baru. Ikan ini adalah jenis ikan air masin atau ikan laut.   
 
Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya terdapat dua spesies ikan daun baru iaitu ikan daun baru bintik (sicklefish) dan ikan daun baru belang (sicklefish). Kedua-duanya ada sedikit perbezaan dari segi tompok dan corak warna di badan. 
 
Ciri-ciri fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas. 
 
Ada sesetengah pemancing memang suka memancing ikan daun baru. Memang agak mudah kalau berminat hendak memancing ikan daun baru berbanding hendak memburu spisis lain yang agak cerewet seperti jenahak, bandang, kerapu dan ebek. 

Kebiasaannya pemancing menggunakan umpan udang kopek atau pumpun sarang sahaja jika hendak memburu spisis daun baru. Umpan ini memang berkesan dan ramai pemancing berjaya menaikan ikan daun baru. Tapi, penggunaan umpan udang kopek dan pumpun selalunya kita akan mendapat ikan daun baru yang kurang dari sekilo.

Jika mahu memburu ikan daun baru yang besar, penggunaan umpan udang hidup seekor lebih praktikal berbanding udang kopek. Kebiasaannya ikan daun baru aktif semasa air bergerak pasang. Lagi besar pasang lagi besar ikan daun baru. Berat ikan daun baru boleh mencecah lebih 2 kilogram seekor.

Ikan daun baru sedap digulai kari dan goreng. Jika digoreng, kena sampai garing baru sedap dimakan.

No comments:

Post a Comment