Sunday, 11 February 2024

KEBURUKAN GUNA BENTENG KEREK TELAGA

 
Kebanyakkan rumah di Kelantan atau Terengganu menggunakan kerek telaga sebagai penyokong untuk membuat benteng terutama yang melibatkan tanah yang perlu ditambun atau ditambak. 
Namun, benteng kerek telaga ini sangat mudah pecah terutama jika berlaku banjir.

Ini kerana kerek telaga yang diperbuat dari pasir, batu kuari tidak cukup kuat untuk menerima tekanan tanah. Beringatlah, kecelakaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada kita. Kita perlu bertindak lebih awal supaya sebarang kejadian buruk boleh dielakkan.

Jadi kepada pemilik tanah ataupun rumah yang ingin membuat benteng, dicadangkan menggunakan benteng jenis dinding gabion yang telah lama diguna pakai di negara-negara luar.

Benteng jenis ini ada beberapa kelebihan:
- Lebih kukuh dan stabil.
- Benteng yang lebih cantik dan kemas.
- Tahan tekanan tanah yang tinggi.
- Tidak terkesan walaupun banjir.

Proses pemasangan sepantas 1 minggu dan ke atas bergantung kepada keluasan dan keadaan tanah. Dan proses pemasangan ini perlu dilakukan oleh pihak profesional dan yang pakar sahaja untuk memastikan pemasangan dilakukan dengan betul.

Banyak yang sudah sedar akan kelebihan pemasangan dinding gabion ini kerana kawasan rumah akan lebih terjamin tanpa risiko benteng pecah.

No comments:

Post a Comment