Wednesday 25 October 2023

KEPENTINGAN LAPANGAN TERBANG TAWAU

 
Tawau terletak kira-kira 500 kilometer dari Kota Kinabalu. Perjalanan darat mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 jam menggunakan kereta atau bas. Bukan sahaja terpaksa menempuh perjalanan jauh, bahkan keadaan jalan yang kurng elok.
 
Justeru, penggunaan pengangkutan udara dianggap lebih praktikal, terutama di kalangan mereka yang mementingkan masa dan keselesaan.
 
Mereka ingin berkunjung ke Tawau atau dari daerah terletak berhampiran sempadan Indonesia menggunakan perkhidmatan Lapangan Terbang Tawau.
 
Lapangan Terbang Tawau dibuka kepada umum pada Disember 2001. Ia kemudiannya telah dirasmikan pada tahun 2003 oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Tun Dr. Ling Liong Sik.
 
Dengan panjang landasan penuh 3,000 meter dan mampu menampung kapasiti lebih 1.4 juta orang penumpang setahun, Lapangan Terbang Tawau menjadi lapangan terbang kedua terbesar di Sabah selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
 
Lapangan Terbang Tawau adalah lapangan terbang baharu bagi menggantikan Lapangan Terbang Tawau Lama yang terletak di Jalan Utara, iaitu kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar Tawau.
 
Pembinaan lapangan terbang baharu difikirkan amat perlu bagi menampung pertambahan penumpang yang pesat. Pertambahan penumpang tersebut antara lain disumbang oleh perkembangan industri pelancongan di daerah Tawau, terutama pulau-pulau di Semporna.
 
Lapangan Terbang Tawau terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Tawau dan 80 kilomter dari Semporna. Landasannya mampu menampung pendaratan dan pelepasan pesawat siri Airbus.
 
Lapangan terbang itu boleh memuatkan lapan pesawat pada bila-bila masa, dan tempat letak keretanya boleh memuatkan 500 kenderaan. Selain itu, terdapat balai polis berhadapan dengan bangunan terminal.
 
Lapangan terbang itu juga dijadualkan untuk pengembangan selanjutnya selepas mencatatkan 1.64 juta penumpang pada 2018, melebihi kapasiti asalnya iaitu 1.4 juta pengguna. Perluasan itu diharap mampu mengendalikan 2.05 juta penumpang setahun.

Lapangan Terbang Tawau Lama
 

No comments:

Post a Comment