Friday 2 April 2021

KULAT GELAM SESUAI DIBUAT KERABU

Pokok gelam atau dikenali juga dengan nama pokok kayu putih atau nama saintifiknya Melaleuca cajuputi dari famili Myrtaceae merupakan pokok yang mengeluarkan sumber minyak perubatan dipanggil minyak cajuput atau minyak kayu putih.

Pokok gelam didapati tumbuh meliar di kawasan terbiar dan berpaya di seluruh Semenanjung Malaysia. Pokok gelam juga tumbuh di hutan atau bukit berhampiran kawasan berpaya.

Kawasan pokok gelam akan ada tumbuh cendawan atau dalam dialek Kelantan dipanggil kulat. Cendawan gelam tumbuh selepas hujan di tanah beris atau berpasir di kawasan pokok gelam.

Kulat gelam tumbuh sendiri secara meliar. Biasanya ia akan tumbuh di tempat sama pada setiap musim. Ia lebih kurang macam cendawan busut.

Rasa kulat gelam sedikit kelat pahit. Sebab itu, kulat gelam selalu dijadikan kerabu atau dicicah bersama air asam. Peminat kulat gelam pasti tidak melepas peluang untuk mencarinya apabila tiba musimnya.

Selain itu, kulat gelam ada dijual di pasar sama ada yang mentah atau telah direbus. Ada juga yang telah dijeruk bagi membolehkan ia disimpan lebih lama.

Resepi kerabu kulat gelam boleh ikut citarasa masing-masing. Yang penting sedap dan habis tidak berbaki. 

Begitu juga buat air asam boleh ikut cara tersendiri. Tidak ada cara atau resepi khusus. 

Selamat menikmati kulat gelam yang pasti sekali cuba hendak lagi. 

No comments:

Post a Comment