Wednesday 23 December 2020

CARA PROSES PADI JADI BERAS

Nasi berasal dari beras yang ditanak. Asal beras adalah dari biji padi yang diproses dibuangkan kulitnya. Kulit padi yang diasingkan dari biji beras dinamakan sekam.

Pada masa dahulu, proses untuk menghasilkan beras dinamakan menumbuk. Biji padi akan ditumbuk dan hasilnya adalah beras dan sekam.

Ada dua jenis penumbuk padi iaitu menggunakan tangan dan satu lagi menggunakan kaki.

Lesung yang menggunakan kaki dikenali lesung hindik. Lesung hindik diperbuat daripada kayu yang tahan lama. Ia terdiri daripada ibu yang ditanam di dalam tanah. Ibu lesung menjadi tempat untuk diletakkan biji padi.

Terdapat satu batang kayu yang di hujungnya diletakkan alu. Untuk menumbuk beras di ibu lesung, batang yang bersambung dengan alu akan dipijak dengan kaki dan dilepaskan. 

Ketika dipijak, alu akan naik ke atas dan apabila dilepaskan, alu akan jatuh ke dalam ibu lesung yang mengandungi biji padi. Proses tumbukan itu akan menyebabkan kulit padi tertanggal. Beras yang telah tertanggal kulit dipanggil beras.

Lesung hindik biasanya dikongsikan penduduk kampung. Maknanya tidak semua petani atau penduduk mempunyai lesung hindik. Tambahan pula, penggunaan lesung hidik tidak digunakan pada masa sama. Jadi, mudahlah untuk penduduk kampung bergilir-gilir menggunakan lesung hindik.

No comments:

Post a Comment