Sunday 30 June 2024

MASJID AL-QAWIY, KAMPUNG KUNDASANG LAMA, RANAU

 
Masjid al-Qawiy, Kampung Kundasang Lama, Kundasang, Sabah menjadi medan untuk penduduk setempat melakukan aktiviti keagamaan, selain dijadikan tempat solat berjemaah.
 
Selain aktiviti dianjurkan sendiri oleh kariah masjid, ada pihak luar yang melakukan kerjasama dengan pengurusan masjid untuk melakukan aktiviti di masjid berkenaan.
 
Baru-baru ini, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah bekerjasama Masjid Al-Qawiy, melaksanakan program Kuliah Fitrah Siri 2/2024. Sasaran peserta program ini adalah kepada masyarakat awam yang tinggal disekitar masjid.
 
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan dengan Islam dan dapat mendekatkan masyarakat kepada Islam.
 
ILIM kampus Kundasang telah menjemput Ustaz Mohd Abdul Hadi bin Ismail, dari SK Lipasu sebagai penceramah program tersebut dengan tajuknya Aidil Adha : Laluan Hamba Kepada Yang Maha Esa.
 
Antara program lain yang dianjurkan pihak masjid ialah Korban Perdana, majlis berbuka puasa, sambutan hari kebesaran Islam dan pelbagai program keilmuan lain yang mendapat sambutan penduduk setempat.


No comments:

Post a Comment