Friday 21 February 2020

BELALANG KACUNG HIJAU UMPAN MEMANCING

Belalang sejenis serangga berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Makanan utama belalang ialah daun muda. 
 
Belalang dianggap sebagai serangga perosak kepada tanaman. Serangan belalang dalam jumlah yang banyak mendatangkan kerugian besar kepada petani.

Belalang banyak jenis. Ada orang panggil belalang perah, belalang rusa, belalang padi, belalang kunyit, belalang sudu senung, belalang pelesit, belalang hijau, mentadak, mentadu, cengkadak, belalang mak dara, belalang dewa dan belalang kerek. Itu semua panggilan dalam dialek Kelantan. Nama di tempat lain mungkin berbeza.

Belalang yang gambarnya di atas itu dinamakan belalang kacung. Itu nama yang ambo panggil. Mungkin nama di tempat lain berbeza.

Dewan Bahasa Edisi Keempat mendefinisi kacung; belalang kacung sejenis belalang, cengkadak, cencadu, mentadak; kancung. 

Masa dahulu, ambo igat (tangkap) belalang kacung untuk dijadikan umpan tahan tauk atau memancing. Biasanya belalang kacung menjadi kegemaran ikan haruan dan ikan keli.

Ada jenis belalang yang menjadi kegemaran untuk dimakan iaitu belalang kunyit. Memang agak unik apabila harga belalang ini telah mencecah sebanyak RM70 sekilogram.

Makan belalang memang sudah lama diamalkan dalam masyarkat Melayu. Dahulu penduduk akan menangkap sendiri di kawasan sawah. Belalang mudah ditangkap pada waktu malam kerana ia tidak aktif pada waktu itu.

Belalang kunyit banyak terdapat di kawasan tanaman padi ataupun kawasan yang terdapat pokok rumput dan menerung. 
 
Cara menangkap belalang melalui dua kaedah terbaik iaitu dengan menangkap seekor demi seekor menggunakan tangan ataupun menebar jaring yang diperbuat daripada guni. 

1 comment: