Sunday 3 November 2019

SYARIKAT PENGHANTARAN SEGERA BUNGKUSIT

Bungkusit adalah penyedia perkhidmatan penghantaran yang bertujuan untuk memudahkan perkhidmatan penyampaian peringkat pengguna yang menyeluruh.

Bermula di Selangor pada 2018, Bungkusit kini telah berkembang ke beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

Dalam masa terdekat, opersinya dijangka berkembang ke seluruh negara.
BungkusIT merupakan syarikat tempatan milik 100 peratus Muslim.

Dengan Bungkusit, apa-apa boleh dihantar, pada bila-bila masa, ke mana saja dalam tempoh masa 60 minit.

Seseorang boleh menggunakan Bungkusit untuk menyampaikan perkara-perkara penting di rumah, membeli makan tengah hari dari warung kegemaran anda, atau menghantar barang-barang mel ke syarikat penghantaran antarabangsa tanpa perlu pulang.

No comments:

Post a Comment