Wednesday 6 November 2019

KESAN BURUK GUNA UBAT TENAGA BATIN

Semua suami ingin kuat agar dapat melayan nafsu isteri tahap maksima dan mendapat pujian. Paling hebat jika isteri mengaku kalah dan merayu menghentikan permainan.

Namun, berapa banyak suami dalam ketegori itu? Bilangan lelaki mengalami masalah tenaga batin semakin bertambah dan terus kronik.

Jalan mudah mengatasi penyakit lelaki lemah tenaga batin ialah dengan menggunakan produk didakwa herba hebat yang diadun dalam bentuk minuman, kapsul mahupun serbuk.

Pengeluar mendakwanya selamat dan kesan dalam tempoh masa cepat. Tenaga lelaki kembali pulih, bahkan lebih hebat berbanding masa muda.

Suami pasti rasa bangga dan isteri tersenyum puas. Namun, betulkah produk hebat itu menggunakan bahan herba asli?

Sebenarnya terdapat pihak tidak bertanggungjawab hanya ingin mengaut keuntungan telah mencampurkan produk keluaran mereka dengan ubat sildenafil.

Tujuan mereka melakukan tindakan seperti ini adalah untuk meyakinkan pengguna bahawa produk jualan mereka benar-benar berkesan.

Hakikat sebenarnya, kesan hebat itu hasil ubat sildenafil yang ditambah secara senyap dan bukannya kesan daripada campuran bahan-bahan herba dalam produk jualan mereka.

Sememangnya,Food and Drug Authority (FDA) Amerika Syarikat telah meluluskan sildenafil sebagai ubat untuk rawatan mati pucuk pada tahun 1998.

Namun, sildenafil hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi (surat ubat daripada doktor).

Ubat sildenafil ini hanya boleh didapati melalui pemeriksaan doktor adalah kerana kesan sampingnya terhadap fungsi jantung yang boleh membahayakan kesihatan malah boleh membawa maut kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan.

Dengan kata lain, penggunaan sildenafil yang tidak merujuk kepada doktor boleh mendatangkan bahaya. Maka, sebab itu ia dilarang digunakan tanpa pengawasan pakar.

Penghasilan jenama dan produk menggunakan sildenafil meningkat memandangkan permintaan terhadapnya tinggi.

Pengeluar mendapat keuntungan besar dengan melakukan tuntutan palsu yang kononnya keluaran mereka bersumberkan herba atau bahan-bahan asli di samping pembungkusan illustrasi yang kreatif.

No comments:

Post a Comment