Seorang alim ditanya: "Dalam
usia yang sangat tua ini, mengapa engkau tidak mengurusi tubuhmu (dengan
memakan makanan yang menyehatkan dan menguatkan badan)?".
Dia menjawab bahwa nafsu bergerak
cepat ke arah syahwat. Aku khuatir ia akan menjeratku dalam dosa. Kerana itulah
aku lebih suka memberikan kesusahan padanya daripada ia menjeratku dengan
perbuatan dosa.".
Keadaan lapar dapat menyebabkan
manusia selamat dari mengumpat, berdusta, mencela dan mengadu domba. Apabila
makan kenyang, maka hati manusia ingin banyak bicara, yang biasanya menyinggung
orang lain.
Jika makan kurang, maka tidur juga
kurang. Mudah untuk bangun malam melakukan solat tahjud.
Satu lagi kelebihan berlapar ialah
mampu beribadah dengan mudah. Dalam keadaan kenyang akan datang perasaan malas,
sehingga dapat menjadi penghalang untuk melakukan ibadah.
Pada hakikatnva, setiap pernafasan
manusia sangat berharga dan perlu dijaga untuk simpanan di akhirat. Caranya
hanyalah dengan menggunakan waktu dalam hidup ini untuk berzikir dan beribadah
lainnya.
Di samping itu, apabila banyak
makan, maka air sembahyang akan mudah batal dan sering buang air. Akibatnya,
orang tidak akan duduk lama di dalam masjid, dan akan keluar masjid untuk buang
air atau berwuduk.
Barangsiapa terbiasa menahan lapar,
mereka akan mudah berpuasa, beritikaf, sentiasa menjaga wuduk, menghemat waktu
makan, sehingga dapat melakukan ibadah lainnya.
No comments:
Post a Comment