Jambu air atau di Kelantan lebih dikenali
jambu nawar. Jambu nawar memang banyak jenis, sama juga dengan banyaknya jenis
atau varieti jambu batu.
Salah satu varieti jambu nawar yang ada ialah jenis kecil berwarna merah. Ada yang memanggilnya jambu air kancing atau jambu nawar kancing. Selain berwarna merah, ada juga yang berwarna putih.
Nama kacing digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan. Nama lain jambu nawar kancing ialah jambu bertih, terutama yang berwarna putih, kerana macam bertih jagung.
Pokok nawar kancing ini memang lebat berbuah. Dalam setahun berbuah beberapa kali. Tetapi, buahnya mudah gugur, terutama jika hujan turun.
Rasa buahnya masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya. Di Kelantan dipanggil makan colek. Colek buah jambu nawar kancing.
Boleh juga dicampurkan
dengan buah-buahan lain untuk dijadikan rojak. Memang sedap.
Salah satu varieti jambu nawar yang ada ialah jenis kecil berwarna merah. Ada yang memanggilnya jambu air kancing atau jambu nawar kancing. Selain berwarna merah, ada juga yang berwarna putih.
Nama kacing digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan. Nama lain jambu nawar kancing ialah jambu bertih, terutama yang berwarna putih, kerana macam bertih jagung.
Pokok nawar kancing ini memang lebat berbuah. Dalam setahun berbuah beberapa kali. Tetapi, buahnya mudah gugur, terutama jika hujan turun.
Rasa buahnya masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya. Di Kelantan dipanggil makan colek. Colek buah jambu nawar kancing.
No comments:
Post a Comment