Kacang hijau rawat gout. Banyak orang menganggap makan kacang hijau antara punca
penyakit gout. Kenyataan ini disangkal oleh kebanyakan pakar pemakanan dan
doktor. Bahkan, makan kacang hijau dianggap cara untuk merawat sakit urat dan
gout.
Pada dasarnya, kacang hijau mengandung banyak nutrisi sihat. Kacang hijau
mengandungi protein, serat, folat, magnesium, vitamin B1, fosfor, zat besi,
kalium, dan berbagai vitamin lainnya.
Ada pesakit gout berkongsi pengalaman bagaimana dia mengatasi penyakit tersebut dengan cara makan bubur kacang hijau.
Selain mengamalkan makan bubur kacang hijau, beberapa amalan lain perlu dilakukan untuk mengelak gout menyerang seperti:
- Minum air banyak sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas cecair setiap hari.
- Hadkan pengambilan minuman manis dan air berkarbonat
- Elakkan pengambilan alkohol kerana boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
- Melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
- Dapatkan protein daripada tenusu rendah lemak.
- Elakkan diet protein tinggi dan kaya asid urik, seperti organ dalaman haiwan dan makanan laut.

No comments:
Post a Comment