Monday, 30 August 2021

ULAM PUCUK GAJUS

 
Pucuk pokok gajus antara jenis ulam yang diminati ramai. Pokok gajus atau dalam dialek Kelantan dipanggil ketereh atau tereh menjadi pilihan sebagai pembuka selera.   
 
Pucuk gajus ini mudah tumbuh di kawasan pantai atau tanah berpasir. Namun, ia juga boleh ditanam di atas tanah jenis lain. 
 
Pucuk gajus dipetik bewarna kemerahan kerana ia masih lembut dan sedap jika dicicah dengan pencicah. Pucuk muda gajus boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk, sambal atau pencicih lain.    
 
Daun gajus yang telah bertukar menjadi hijau masih boleh dijadikan ulam selagi ia masih lembut dan sesuai untuk dimakan. Rasa pucuk gajus yang kelat masam menjadikan ia sebagai salah satu ulam popular di negara kita. 
 
Pemilihan pucuk yang muda mudah ketika musim hujan tetapi agak berkurangan dalam musim kemarau. 
 
Pucuk gajus muda selain dibuat ulam mentah juga boleh dicampur dengan ulam atau bahan lain untuk dijadikan kerabu. 
 
Pucuk gajus muda juga dijadikan bahan rebusan untuk diminum airnya. 
 
Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. 
 
Amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.
 

No comments:

Post a Comment