Pokok kedondong berbuah sepanjang masa. Pokok kedondong
(Spondias dulcis) boleh berbuah sepanjang masa atau sepanjang tahun di iklim
tropika seperti Malaysia. Ini terutamanya daripada varieti hibrid atau
kedondong kahwin atau rendah yang mudah dijaga dan sesuai ditanam dalam pasu.
Dalam keadaan pokok yang sihat, cukup baja, tidak diserang
penyakit dan bukan air yang mencukupi, pokok kedondong berbuah sepanjang masa.
Tidak mengikut musim yang ketat, ia mampu mengeluarkan hasil
secara berperingkat dalam beberapa kali berbunga.
Di satu pokok akan ada buah yang matang, sederhana matang,
baru berputik dan bunga baru keluar.
Dengan kata lain, hasilnya boleh dituai sepanjang masa dan
tidak ada masalah jika teringin memakan buahnya.
Anak pokok daripada tampang/tut boleh menghasilkan buah
dalam masa yang singkat (seawal 5 hingga 12 bulan) berbanding daripada biji.
Ada varieti rendah atau "kedondong mini" yang
renek dan sesuai ditanam di halaman rumah atau dalam pasu besar.
Siram air secukupnya pada waktu pagi dan petang, terutama
jika baru dilakukan proses pembajaan. Amalkan penggunaan baja organik secara
berkala (2 minggu sekali) kerana baja kimia yang berlebihan kadangkala
membuatkan pokok bersifat bermusim atau "mabuk daun".
