Tuesday 7 September 2021

Cara rawat air keruh, berbau

 
Masalah air telaga atau perigi berbau kerap berlaku terutama yang baru digali atau sudah lama tidak digunakan. Masalah air keruh juga sering terjadi, lebih-lebih lagi selepas hari hujan. 
 
Satu cara untuk menghilangkan bau busuk atau tidak menyenangkan itu ialah dengan mengepam atau menyedut keluar air itu. Cara itu agak sukar, terutama jika kuantiti atau jumlah air agak banyak.

Cara mudah untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan batu tawas. Ambil kira-kira 200 gram batu tawas dan dimasukkan di dalam telaga. Biarkan ia larut. Tunggu sehingga empat atau lima jam untuk lihat keberkesannnya. 
 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya.

Untuk memudahkan agar tawas larut, boleh gunakan serbuk batu tawas. 

Unsur batu tawas akan 'mengikat' bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan air lebih jernih. 

No comments:

Post a Comment