Pada zaman Darurat (1948–1960), perkhidmatan kereta api di Tanah
Melayu menjadi sasaran serangan pengganas komunis.
Demi melindungi
pemandu dan kakitangan, Keretapi Tanah Melayu telah menggunakan kereta api
berperisai, iaitu lokomotif dan gerabak khas yang dipasang perisai besi serta
dikawal oleh pengiring bersenjata.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko
tembakan hendap dan letupan bom buatan di landasan, terutamanya di kawasan
hutan dan luar bandar.
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 197 kejadian gelinciran, 172
serangan tembakan, serta kerosakan terhadap 19 stesen telah direkodkan,
mengakibatkan 45 penumpang dan 18 kakitangan kereta api terkorban.
Penggunaan
jentera berperisai bukan sahaja menunjukkan tahap kesungguhan pihak berkuasa
dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan, malah menjadi bukti pengorbanan
besar warga kereta api yang terus tabah menjalankan tugas demi negara.
Sejarah
ini terus menjadi inspirasi buat kami untuk meneruskan khidmat dengan cekal dan
penuh tanggungjawab.
Sumber - KTMB
No comments:
Post a Comment