Rebung buluh adalah tunas muda yang tumbuh
dari bahagian akar buluh yang keluar dari pangkal pokok buluh. Penduduk Malaysia
secara umumnya menggunakan rebung sebagai bahan makanan yang dikategorikan sebagai
sayuran. Selalunya selain daripada dimakan segar, rebung digunakan dalam bentuk
'rebung jeruk' yang tahan disimpan dengan lebih lama.
Pada masa ini ada jenis rebung sudah dapat
diproses untuk berbagai macam produk bahan makanan berasaskan rebung seperti
tepung rebung yang memiliki kandungan intipati tinggi, cuka rebung, kerepek
rebung, rebung sejuk beku dan jeruk rebung.
Masyarakat di Malaysia lebih kenal rebung
sebagai sejenis sayuran yang enak terutama masak lemak pedas untuk hidangan
masakan di rumah. Rebung memiliki rasa yang lazat dan diketahui boleh membuat
selera makan nasi bertambah.
Cara untuk menyediakan sayur rebong
berbagai cara dan resepi tetapi paling popular adalah rebung masak lemak cili
api dengan daging lembu atau daging ayam atau udang.
Permintaan terhadap rebung buluh memang
tinggi. Memandangkan bekalan tempatan tidak mampu menampung permintaan
tempatan, rebung kini diimport dari luar negara.
Dalam pasaran kita mudah mendapatkan rebung
yang ditinkan terutama produk yang diimpot dari negara China. Terdapat juga
produk daripada Thailand dan Taiwan yang dijual di pasar raya dan dijual dengan
harga yang munasabah.
Rebung segar tentunya lebih sedap dan
berkhasiat berbanding rebung diawet dan ditinkan. Jadi, penghasilan rebung
segar di Malaysia sepatutnya ditingkatkan. Pokok buluh boleh hidup subur di
Malaysia dan tidak sukar untuk ditanam.
Penduduk yang mempunyai kawasan tanah yang
sesuai untuk menanam buluh perlu merebut peluang mendapat keuntungan menanamnya.
Antara jenis buluh yang sesuai ditanam untuk mendapatkan rebung ialah buluh
madu. Proses menanamnya mudah dan hasilnya lumayan.
Rebung buluh madu tidak miang
No comments:
Post a Comment