Monday, 3 January 2022

MAKSUD 'JEMOK KIRO' DIALEK KELANTAN

  
Maksud 'jemak kiro'. Dalam glosari dialek Kelantan terdapat perkataan ‘jemok’ yang membawa maksud atau diberi definisi sebagai berbincang secara bersemuka antara satu sama lain. 
 
Perkataan ‘jemok’ biasanya akan ditambah dengan perkataan ‘kira’ sebagai perkataan gandaan yang menjadi ‘jemok kira’ atau ‘jemok kiro’. 
 
Jemok kira adalah berlawanan dengan pertemuan di media sosial yang menjadi amalan masyarakat sekarang. 
 
Jemok kiro berjumpa dan berbincang secara bersemuka. Generasi sekarang kata ngeteh atau ngopi. 
 
Jadi, apa kata orang Kelantan menggunakan perkataan jemok kiro sebagai ganti ngeteh atau ngopi. 
 
Kalau maksud jemok kiro nampak serius sangat, kita tambah perkataan 'kedai kopi' menjadikan perkataan penuh ‘jemok kira kedai kopi’. 
 
Kiranya jemok kira kedai kopi sekadar untuk santai dan berjumpa mata sahaja. 
 
Kalau rasa perkataan jemok kira kedai kopi tu panjang sangat, kira ringkaskan menjadi JKKK atau J3K.

No comments:

Post a Comment