Adanya mazhab-mazhab dapat membantu kita untuk memahami
hukum agama. Perbezaan pendapat di antara mazahab bukan tanda kelemahan, tetapi
sebenarnya satu rahmat.
Perbezaan mazhab dalam Islam dianggap rahmat kerana ia
memberikan fleksibiliti, kemudahan, dan keluasan dalam beribadah serta
muamalat, terutamanya dalam perkara cabang (furu'iyyah).
Ia berpunca daripada perbezaan ijtihad para imam dalam
memahami dalil, bukan perbezaan akidah, yang membolehkan umat Islam memilih
pandangan yang lebih sesuai dengan keadaan.
Mazhab bukanlah penjara dan bukan juga satu agama sehingga
seseorang diwajibkan mengikat diri dengan satu mazhab dalam kesemua
permasalahan hingga tidak boleh keluar daripadanya.
Ulama Syafieyah juga ada menganjurkan mengikut pandangan lain dalam beberapa
permasalahan tertentu. Kita mengambil manfaat daripada khazanah dunia Islam
daripada himpunan ilmu para ulama terdahulu dalam memahami nas.
Contohnya ketika tawaf kita ikut mazhab Hanafi, Maliki dan
Hanbali berkaitan tidak terbatal wuduk akibat sentuhan berlaku.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment