Pulau Serasan terletak di gugusan Kepulauan Natuna yang
termasuk di kawasan pentadbiran Kepulauan Riau. Indonesia. Pulau ini ditadbir
oleh dua daerah iaitu Kecamatan Serasan di barat dan Kecamatan Serasan Timur di
bahagian timur.
Pulau Serasan terletak lebih kurang 75 kilometer dengan
Sematan, Sarawak. Penduduknya berjumlah lebih kurang 10 ribu orang, majoritinya
orang Melayu. Bahasa Melayunya sama seperti Melayu Sarawak dan Riau. Ada juga
etnik lain seperti Cina dan Jawa.
Majoriti penduduknya menjadi nelayan. Hasil lain di pulau
tersebut ialah cengkeh, kelapa dan hasil kebun.
Bangunan utama di Pulau Serasan adalah Pos Lintas Batas
Negara (PLBN) Serasan yang dikendalikan oleh Badan Nasional Pengelola
Perbatasan (BNPP RI) telah dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo pada 2 Oktober
2024
Kewujudan PLBN memperkuat posisi strategis pulau ini sebagai
pintu gerbang Indonesia di kawasan perbatasan, serta sebagai simbol kedaulatan
negara sekaligus menjadi landmark maupun ikon bangunan baru di Pulau Serasan.
Penduduk di Pulau Serasan itu banyak berurusan di Sematan.
Jadi, tidak hairan juga mereka menggunakan mata wang ringgit Malaysia dan
kebanyakan keperluan harian diperoleh dari Malaysia. .
Sesuai dengan kedudukan di pulau, pantainya sangat indah
seperti Pantai Tarum, Pantai Jodoh dan Pantai Sisi. Kawasan tertinggi di pulau
ini sekitar 300 meter.
Antara lagenda yang menjadi sejarah di sini ialah Batu Air
Sekain. Ada sebuah batu yang berlubang di tengah. Takungan airnya tak pernah
kering dan untuk mengeringkan airnya diperlukan sehelai kain batik untuk
menyerapkan air di lubang itu. Kerana itu ia dikenali Batu Air Sekain. Batu itu
masih wujud sekarang.
Nama Serasan juga ada kaitan dengan Sarawak. Dikatakan zaman
dahulu nama pulau ini ialah Pulau Datuk. Dikatakan berlaku penyerahan pulau ini
oleh kerajaan Sarawak (dibawah kesultanan Brunei) kepada kerajaan Melayu Johor
Riau. Maka di Pulau Datuk inilah berlakunya upacara Serahan. Akhirnya nama Pulau
Datuk diganti dengan nama Pulau Serahan yang kemudiannya disebut Serasan.
No comments:
Post a Comment