Friday, 23 May 2025

PAPAN TANDA MELARANG AMALAN BERKAITAN LGBTQ+

 
Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan akan memasang papan tanda melarang amalan berkaitan LGBTQ+, seperti yang sedang dilaksanakan di Terengganu.
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Fadzli Hassan berkata langkah itu dianggap wajar dan memberi impak positif dalam usaha membendung gejala sosial.
 
Kerajaan negeri bersetuju dengan pendirian Terengganu bahawa komuniti LGBTQ+ adalah antara “musuh utama” yang menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat.
 
Justeru, jika dengan memasang papan tanda itu menghasilkan natijah yang baik, Kelantan mungkin akan turut melaksanakan langkah sedemikian memandangkan ia memang baik dan boleh dilaksanakan.
 
Golongan LGBTQ+ menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit jangkitan seksual, selain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
 
Papan tanda itu disifatkan sebagai satu bentuk pendidikan masyarakat agar menolak perbuatan yang bertentangan dengan norma agama dan budaya.

Gambar - Papan tanda di Terengganu.

No comments:

Post a Comment