Air
Terjun Janda Mandi terletak berhampiran Pantai Teluk Kalong cukup
terrkenal. Air terjun setinggi 80 hingga 90 meter yang
menghadap ke Laut China Selatan dianggap istimewa disebabkan air terjun itu
terus jatuh ke dalam laut. Ia mungkin satu-satu-satunya air terjun di negara
kita yang airnya terus jatuh ke laut.
Air
Terjun Janda Mandi, terletak di Bukit Gemuk, berhampiran Kampung Teluk Kalong,
Kijal, Terengganu, iaitu lebih kurang 12 minit perjalanan dari bandar
Chukai.
Biarpun
keluasan di Air Terjun Janda Mandi tidak seluas air terjun lain di negara ini,
namun suasana dan gabungan lengkap keindahan alam di antara hutan, bukit, laut
dan aliran air terjun itu sendiri sudah cukup membuatkan pengunjung berasa
teruja dan puas berada di situ.
Untuk
sampai di lokasi tersebut pengunjung perlu berjalan kaki meretasi jalan
berbukit dan denai. Perjalanan kembara berjalan kaki mengambil masa selama 40
minit.
Laluan
tersebut menjadi pilihan mereka yang gemar aktiviti kembara berjalan kaki atau
hiking.
Jarak
perjalanan sejauh 900 meter dari laluan masuk mengikut jalan lama dari Kuala
Terengganu ke Chukai merentasi laluan berbukit, mendatar dan menurun sekali gus
sesuai dikunjungi penggemar aktiviti mendaki.
Memandangkan
Air Terjun Janda Mandi terletak di lokasi agak jauh daripada jalan utama dan
peserta perlu merentasi hutan berbukit dan bercerun, disarankan mereka
mendapatkan khidmat penunjuk arah disediakan penduduk setempat.
Walaupun
laluan sudah dibuat cantik dan mudah dilalui, namun cabarannya tetap ada
termasuk trek licin dan pengunjung tidak disarankan pergi bersendirian
sekiranya kurang arif mengenai selok-belok di hutan.
Air
terjun di situ bersih dan menyegarkan. Bukan sahaja airnya sejuk dan
menyegarkan, malah air bukitnya bersih dan boleh diminum.
Di sini
keindahan semula jadi masih terpelihara, rasa tenang dan nyaman. Bagi yang
ingin kelainan dan keseronokan mandi di air terjun inilah tempat sesuai.

No comments:
Post a Comment