Nama Air
Terjun Janda Mandi bukan sengaja dicipta untuk meraih perhatian pengunjung
tetapi ia nama asal yang diberikan sejak turun-temurun.
Nama Air
Terjun Janda Mandi ada kisah tersembunyi dan hanya diketahui segelintir
penduduk asal di Kampung Teluk Kalong, Kijal, mengenai asal-usul namanya.
Ia
dikatakan rentetan kisah seorang wanita yang kematian suami seorang
nakhoda.
Pasangan
itu baharu berkahwin, suaminya seorang nakhoda yang berlayar untuk berdagang.
Ketika dalam pelayaran nakhoda meninggal dunia.
Selepas
kematian nakhoda, keadaan di atas kapal tidak terkawal termasuk anak kapal yang
mengganggu isteri nakhoda itu.
Isteri
nakhoda meminta kapal berlabuh selepas melihat keindahan air terjun di Bukit
Gemuk.
Isteri
nakhoda mandi di air terjun itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas wanita itu
tiba-tiba hilang dan ghaib di kawasan air terjun itu menyebabkan kapal terpaksa
meneruskan pelayaran tanpanya.
Kehilangan
isteri nakhoda itu terus menjadi misteri sehingga kini.
Malah
pernah diceritakan nelayan tempatan mendakwa pernah ternampak kelibat seorang
wanita sedang bermandi di air terjun itu.
Sejak
itu, mereka menamakan kawasan tersebut sebagai Air Terjun Janda Mandi.
Air
Terjun Janda Mandi setinggi 80 hingga 90 meter yang menghadap ke Laut China
Selatan dianggap istimewa disebabkan air terjun itu terus jatuh ke dalam laut.
Ia mungkin satu-satu-satunya air terjun di negara kita yang airnya terus jatuh
ke laut.
Air
Terjun Janda Mandi, terletak di Bukit Gemuk, berhampiran Kampung Teluk Kalong,
Kijal, Terengganu, iaitu lebih kurang 12 minit perjalanan dari bandar
Chukai.

No comments:
Post a Comment