Pada tahun 2010, seorang pelari jarak jauh
dari Kenya iaitu Jacquiline Kiplimo telah menyertai satu pertandingan maraton
di China.
Diringkaskan cerita, semasa perlumbaan tersebut, Jacquiline berada dalam posisi terbaik untuk memenangi larian itu yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah $10 000.
Jacquiline bagaimanapun tiba-tiba menyedari salah seorang peserta pertandingan maraton tersebut adalah seorang pelari lelaki kurang upaya tanpa kedua-dua tangan yang dilihatnya mengalami kesukaran untuk mengambil air dari stesen minuman di sepanjang laluan.
Tanpa diduga, Jacquiline telah berhenti untuk membantu lelaki itu minum. Jacquilne bahkan melakukan perkara tersebut sepanjang jarak hampir 30 kilometer di mana dia berlari di sisi pelari lelaki berkenaan walaupun menyedari tindakannya itu melambatkan tempo lariannya.
Hingga pada akhirnya, Jacquiline menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua, sekaligus menyebabkan dia terlepas peluang daripada memenangi wang $10,000 itu.
Namun apa yang pasti pada waktu tersebut untuk Jacquiline sebenarnya adalah nilai kemanusiaan yang tinggi. Sanggup melepaskan peluang yang terbuka semata-mata ingin membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment