Sunday, 12 January 2025

TATACARA PENGELUARAN WANG PERTUBUHAN

 
Persatuan penduduk atau komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan macam-macam pertubuhan bukan berasaskan perniagaan yang disertai sekumpulan individu sering berdepan dengan persoalan pengurusan kewangan, termasuklah dalam tatacara pengeluaran cek.

Tatacara ini bergantung kepada persetujuan ahli jawatankuasa. Namun, secara asasnya tatacara itu hampir sama. Antara tatacara tersebut ialah:
- Permohonan pengeluaran wang adalah berdasarkan kepada perkara-perkara telah dipersetujui bersama atau peraturan yang ditetapkan.
- Nyatakan tujuan pengeluaran.
- Nyatakan jumlah yang diperlukan.
- Rujukan berkaitan jumlah dan tujuan pengeluaran.
- Sertakan invois atau resit pembayaran yang telah dibuat
- Permohonan hendaklah dihantarkan kepada bendahari untuk kelulusan atau tindakan yang sepatutnya, sebelum cek dikeluarkan atau wang diserahkan.
- Setiap cek hanya untuk satu item atau tujuan. Contohnya, kalau untuk pembayaran gaji kepada tiga orang, maka tiga cek dikeluarkan di atas nama setiap pekerja.
- Cek tunai tidak dibenarkan.
- Jika untuk pembayaran yang tidak menerima cek, maka satu jumlah yang diperlukan hendaklah ditunaikan oleh bendahari yang mana cek dikeluarkan di atas nama bendahari atau menggunakan wang tunai yang berada di tangan.
- Setiap pengeluaran wang perlu mendapat kebenaran pengerusi atau setiausaha, selain bendahari.
- Setiap perbelanjaan perlu dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa secara berkala, termasuk pendapatan dan kedudukan semasa kewangan.

No comments:

Post a Comment