Individu
yang dituduh di mahkamah adalah bertujuan untuk mensabitkan tuduhan itu oleh
hakim. Dalam proses itu, akan ada pendakwa raya dan peguam bela.
Pendakwa
raya akan berhujah membuktikan si dituduh atau orang kena tuduh (OKT) benar-benar
bersalah sepertimana pertuduhan dikenakan.
Manakala,
peguam bela pula berperanan untuk menyangkal dakwaan pendakwa raya.
Semasa
proses perbicaraan, OKT tidak dianggap bersalah sehinggalah dia didapati bersalah
pada akhir perbicaraan.
Keputusan
bersalah atau tidak dipertimbangkan oleh hakim berdasarkan kepada fakta kes
yang dikemukakan oleh pendakwa raya dan pembelaan oleh peguam bela.
Peguam
ketika bersetuju menjadi peguam bela kepada OKT sudah tentu mempertimbangkan fakta-fakta
awal berkaitan kes tersebut dan mempunyai keyakinan bahawa dia boleh ‘menang’
kes tersebut.
Jadi,
tidak timbul soal peguam membela pihak diketahui bersalah, kerana bersalah atau
tidak bukan ditentukan oleh penguam bela, dan keputusan dilakukan pada
penghujung ke perbicaraan.
Kalaupun
peguam mengetahui OKT memang bersalah berdasarkan apa yang diketahi, tidak salah
untuk dia membela, kerana keputusan akhir tetap bergantung kepada hakim.
Sikap
warga maya menjatuhkan ‘hukuman’ terhadap OKT tidak mempengaruhi keputusan
hakim.
Pihak
hakim mempunyai kaedah tertentu dalam menentukan OKT bersalah atau tidak. Salah
satu keadilan yang diamalkan ialah “lebih baik membebaskan 10 yang bersalah, daripada
menjatuhkan hukuman bersalah kepada seorang yang tidak bersalah”.
No comments:
Post a Comment