Saturday, 30 April 2022

PCAK SERAH BANTUAN SECARA PANDU LALU

   
Hendak serah bantuan tidak perlu majlis besar-besar. Cukuplah jika apa yang hendak disampaikan itu diterima dengan baik oleh asnaf. Buat secara pandu lalu pun sudah memadai. 
 
Inilah pendekatan Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) dalam mengagihkan sumbangan. Dengan kekangan bilangan sahabat PCAK yang tidak banyak, sedangkan banyak sumbangan yang perlu diagihkan, apa sahaja cara yang sesuai akan dilakukan. 
 
Justeru, dalam keadaan tertentu, apabila berjumpa asnaf, bantuan akan dihulurkan secara pandu lalu. Ia bukan sahaja memudahkan tugas sukarelawan PCAK, bahkan tentu sekali memudahkan penerima. Mereka tidak perlu pergi ke satu-satu tempat dan tidak perlu menunggu lama. 
 
Anda boleh menjadi sebagai sebahagian sahabat PCAK sama ada sebagai sukarelawan atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment