Bahasa
adalah perantara perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia yang
menjadikan pertuturan itu bermakna.
Keunikan
bahasa kerana ia menjadi sebahagian budaya dan cerminan kepada peribadi dan
perwatakan penggunanya.
Justeru,
frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' bermaksud bahasa itu sebagai wacana penyalur
pemikiran dan keperibadian kelompok manusia.
Sebab
itu kita bahagian bahasa kepada ‘kelas’ untuk membezakan ciri-ciri bahasa yang
digunakan.
Kita
ada bahasa istana, bahasa rasmi dan bahasa pasar. Sekarang ini wujud satu kelas
baharu iaitu ‘bahasa parlimen’.
Jika
bahasa istana digunakan di istana, maka bahasa parlimen pula digunakan di
kalangan ahli parlimen.
Untuk
kenal bahasa parlimen, boleh lihat siaran langsung atau rakaman yang banyak
disiar di saluran televisyen mahupun media maya.
Rakyat
boleh menilai sendiri bahasa parlimen. Perkataan kasar, menghina dan biadap
mewarnai suasana di parlimen.
Diharap
bahasa parlimen ini tidak ditiru rakyat.
Individu
menggunakan bahasa kasar dan mencaci mencerminkan dirinya berada pada tahap
pekerti yang rendah. Individu yang tidak wajar diberi penghormatan dalam apa keadaan
sekalipun.
No comments:
Post a Comment