Harta
sepencarian adalah pengertian yang mudah adalah harta bersama. Ia dimiliki oleh
pasangan suami-isteri semasa tempoh perkahwinan mereka walaupun harta itu atas
nama isteri atau nama suami atau nama kedua-duanya.
Harta
sepencarian selalunya merujuk kepada rumah kediaman dan sebarang harta yang
bernilai tinggi.
Suami
atau isteri mempunyai hak ke atas harta yang dimiliki semasa tempoh perkahwinan
kerana masing-masing ada sumbangan kewangan atau bukan kewangan ke atas harta
bersama atau harta sepencarian itu.
Sebagai contoh sebuah banglo walaupun ia di atas nama suami tetapi isteri ada
hak. Isteri mungkin memberi wang pendahuluan membeli rumah, membuat ubahsuai
rumah, membaiki kerosakan rumah.
Sekiranya isteri tidak bekerja dan semua perbelanjaan rumah ditanggung oleh
suami, isteri tetap ada hak ke atas harta bersama itu.
Hak isteri ke atas harta adalah berasas kepada sumbangan bukan kewangan. Ini
termasuk sumbangan melayani suami iaitu makan-minum, mencuci pakaian,
mengembirakan suami selepas penat bekerja, mengemas dan menjaga rumah semasa
suami bekerja dan membesar dan mendidik anak di rumah.
Pemilikan harta sepencarian oleh isteri boleh diberi semasa pasangan
suami-isteri sedang bahagia atau melalui proses mahkamah.
Semasa pasangan sedang bahagia, suami boleh memberi sebahagian daipada harta
itu kepada isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.
Cara
mudah memperoleh harta sepencarian ialah pasangan membuat Deklarasi atau
Perjanjian Harta Sepencarian semasa pasangan masih bahagia. Pasangan dengan
sukarela menyerahkan secara sukarela sebahagian harta kepada pasangan
masing-masing.
Sebagai
contoh, suami bersetuju menyerahkan hakmilik rumah itu sebanyak 50% kepada
isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.
Sekiranya
Deklarasi Harta Sepencarian tidak dibuat, maka pasangan ada pilihan membuat
tuntutan harta sepencarian melalui proses mahkamah.
Bagaimanapun, si penuntut (biasanya isteri) membuktikan wujudnya harta itu dan
jumlah jumlah sumbangan (peratus) ke atas harta itu. Ini bagi membolehkan
Mahkamah Syariah memutuskan hak harta sepencarian isteri tadi.
Proses tuntutan melalui mahkamah bukannya cara mudah. Ia melibatkan kos
melantik peguam dan bukti harta dan sumbangan isteri yang menuntut itu.
No comments:
Post a Comment