Friday, 20 March 2020

BAHAYA PENYEBARAN WABAK BERITA PALSU

Ketika kerajaan melakukan apa sahaja usaha untuk menyekat wabak Covid 19, terdapat segelintir rakyat yang sibuk menyebar satu wabak yang tidak kurang hebatnya iaitu wabak berita palsu atau berita tidak tepat.

Mereka melakukan konon untuk 'kebaikan', tetapi yang berlaku sebaliknya. Keburukan akibat berita palsu tersebar di media sosial memang bersifat infiniti atau tidak ada had yang boleh dijangkakan. Sebahagian berita palsu itu berbentuk fitnah yang memberi kesan kepada individu dan kelompok tertentu.

Contohnya, tular di media sosial kononnya seorang jemaah tabligh yang dipercayai hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu tidak memberi kerjasama kepada polis dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang datang ke rumahnya untuk mengambil sample darah.

Gambar yang tular di media sosial itu pastinya disertai dengan pelbagai komen oleh warganet. Seperti biasa, komen warganet lebih menjurus kepada perkara negatif sehinggakan susuk tubuh dan wajah lelaki berkenaan turut menjadi cacian. Tidak kurang juga jemaah tabligh secara keseluruhan turut turut dipersalahkan. 

Sedangkan sebenarnya, seperti dijelaskan oleh pihak polis, mengakui polis bersama pegawai KKM Kelantan hadir ke sebuah rumah jemaah tabligh di Tawang, Bachok seperti yang tular di laman sosial sejak.

Kedatangan mereka bagi memeriksa lelaki berusia lebih 50-an yang dipercayai hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu.

Polis mengiringi pegawai KKM untuk mengambil sampel darah lelaki berkenaan pada 2 petang.

Pihak polis menjelaskan bahawa lelaki itu memberi kerjasama kepada polis dan KKM dan telah diambil sampel darah lelaki itu dan dibawa ke makmal KKM untuk pemeriksaan lanjut.

Bahkan menurut polis, lelaki berkenaan melakukan kuarantin diri di rumah sementara menunggu keputusan yang dijangka keluar, dua hingga tiga hari kemudian.

Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran. Rakyat diminta tidak memuat naik perkara yang boleh mendatangkan panik dan mematuhi arahan kerajaan supaya tinggal di rumah masing-masing bagi menangani penularan wabak Covid-19.

BACA DI SINI KENYATAAN POLIS

No comments:

Post a Comment