Wednesday 17 May 2023

KES REZEKI DI DEPAN MATA BOLEH HILANG

 
Pernah tak kita terfikir kadang-kadang dalam hidup kita, rezeki seolah-olah sudah di depan mata, tetapi akhirnya tidak menjadi milik kita? Lazimnya, kita akan berbisik pada diri bagi menyejukkan hati "tak apa lah, bukan rezeki kita" walaupun ia dah di depan mata.
 
Contoh gambar ini. mi goreng itu bukan untuk diberi makan kepada kambing. Sebaliknya untuk dihidangkan kepada tetamu pada satu majlis. Tetapi, mi goreng yang diletakkan secara terbuka di bahagian dapur telah diceroboh oleh kambing itu. Reda aje lah. Kecuaian mereka yang berkenaan.
 
Ingatlah, kadang-kadang benda yang sememangnya sudah dekat dengan kita tak tentu lagi akan menjadi milik kita. Maka dengan itu, mohonlah kepada Allah SWT supaya yang dekat itu menjadi milik kita dan secara tidak langsung minda kita akan terangsang untuk sentiasa dalam keadaan positif.
 
Bukannya apa, ada ketikanya, kita rasa rezeki itu sudah hendak sampai pada kita kerana ia ada depan mata namun ia akhirnya bukan milik kita. 

Justeru, ada baiknya kita mohon pada Allah SWT supaya yang sudah dekat itu menjadi milik kita. Pendek kata, benda itu sudah dikira 99 peratus menjadi milik kita namun ada saja perkara yang menghalang menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.
 
Selain berusaha, berdoalah untuk memudahkan mendapat rezeki dan ia tidak ‘hilang’ ketika mana sudah berada di hadapan mata.

No comments:

Post a Comment