Monday 31 January 2022

Caj transaksi pengeluaran melalui ATM

  
Caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mula dikuatkuasakan semula kepada pelanggan berkuatkuasa 1 Feb 2022. 
 
Beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial mereka pada pertengahan Disember tahun lalu. 
 
Caj tersebut hanya melibatkan pengeluaran di ATM bank lain. Pelanggan masih menikmati pengeluaran tanpa caj di ATM jika menggunakan ATM milik bank akaun dibuka. 
 
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020. 
 
Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1. 
 
Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan. 
 
Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank.

No comments:

Post a Comment