Musim
banjir ‘syurga’ bagi penggemar ubi kayu. Banyak ibu kayu dijual di pasar
mahupun di tepi jalan. Harga pun murah dan banyak pilihan. Ubi kayu sebenarnya
banyak jenis yang mempunyai rasa dan tekstur isi berbeza. Jadi, pada musim
banjir boleh pilih mana yang disukai atau digemari.
Ubi
kayu banyak terdapat pada musim banjir kerana ia terpaksa dituai atau digali
kerana ubi kayu tidak tahan berendam di dalam air. Isi ubi kayu akan rosak jika berendam dalam air melebihi dua atau
tiga hari.
Dalam
dialek Kelantan keadaan itu dipanggil carak, iaitu tempat yang digenangi air
yang menyebabkan ubi menjadi carak kerana digenangi air.
Ubi
yang dicabut pada musim hujan akan dikotor kerana selut melekat. Jika dicabut pada
musim panas, tiada selut dan bahagian ubi akan ‘bersih’.
Ubi
yan dilekati selut perlu dibasuh. Bukan mudah hendak menanggalkan selut yang
melekat sebati pada kulit ubi kayu. Kena guna banyak air, masa dan tenaga.
Jadi,
untuk memudahkan kerja mencuci, ia dilakukan di tempat air bertakung. Jimat air
dan mudah. Pada musim hujan tidak sukar untuk mencari kawasan air bertakung.
Ubi
kayu sedap dimakan yang direbus. Makan pula dengan kelapa parut yang dicampurkan
dengan sendikit garam dan gula.
Kalau
dipotong nipis pula boleh digoreng. Boleh digoreng garing atau lembut. Boleh
dimakan terus atau disira.
Sebelum
direbus, pastikan kulit ubi kayu perlu dibuang. Ada cara mudah untuk mengopek
kulit ubi kayu.
Caranya
dengan membuat torehan memanjang dengan mata pisau. Kemudian bolehlah disepat
atau menyiat kulit itu. Caranya mudah sahaja. Sekali sepat boleh membuang
sekaligus keseluruhan kulit ubi kayu itu.
No comments:
Post a Comment