Tuesday, 10 December 2019

KISAH BAHAGIA KAMI 16 BERADIK SEIBU SEBAPA


Kami 16 beradik seibu sebapa. Susunan posisi dalam gambar ikut umur. Nombor 1 hingga 11 semua lelaki, nombor 12 hingga 16 semua perempuan.

Alhamdulillah hidup bahagia walaupun melalui fasa kehidupan yang serba kekurangan. Ayah diuji dengan pengakit angin ahmar ketika Mak mengandung anak ke 16. Ayah lumpuh tak mampu bekerja.

Mak membesarkan kami dengan perit jerih. Tapi sangat bahagia, tiada sengketa, pertengkaran dan dendam. Mak dan ayah mendidik kami supaya sentiasa mengalah.

Bila selalu mengalah, pergaduhan dapat dielakkan, walaupun ada tersalah faham dan terasa hati. Itu normal.

"Mengalah" bunyi macam senang, tapi ia memerlukan latihan yang berpanjangan. Anak-anak memerhati dan meniru perangai ibubapa. Kalau ibubapa selalu tunjuk perangai keras kepala, anak-anak terikut.

Contoh buruk yang ibubapa selalu tunjuk ialah masa memandu di jalan raya. Marah sana marah sini, asyik nak salahkan orang lain. Jalan raya adalah sekolah kehidupan, anak-anak sedang belajar dalam kereta.

Satu lagi bila anak berselisih faham dengan kawan, tak payahlah nak back up anak tu. Ajar anak bertenang dan maafkan orang, atau suruh dia minta maaf kalau anak yang buat salah.

Perangai selalu nak menangkan anak lah yang menyebabkan anak jadi keras kepala, ego tinggi dan jadi narcissistic. Banyak kali kita jumpa jenis ibubapa yang anggap anak dia malaikat.

Makin kurang ego dalam diri, makin harmoni hidup kita. Perangai rendah diri adalah antara foktor penting dalam mencapai kebahagiaan.

Mohd Yazid Ismail.

No comments:

Post a Comment