Ibadat utama diwajibkan pada bulan Ramadan ialah puasa. Kelebihan ibadat
puasa berbanding ibadat-ibadat lain dikaitkan sebagai alat atau mesin
melahirkan Muslim bertakwa. Kaedah ini juga disebut oleh Allah turut
diperintahkan kepada umat-umat nabi terdahulu.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang-orang
yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke
atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”
Definasi takwa seperti dirumuskan oleh para ulama ialah menjauhkan diri
daripada perkara ditegah dan melakukan perkara disuruh. Pembinaan ketakwaan tulen adalah jalan menuju
keredaan-Nya yang menjadi asas membina keutuhan iman.
Keberkesanan ibadat puasa ke arah landasan kehidupan lebih bertakwa dan
membina sifat-sifat mulia turut menjadi amalan penganut agama lain. Ia adalah
penerusan amalan puasa yang disyariatkan kepada umat-umat nabi terdahulu, yang
kemudian menjadi cabang kepada agama-agama lain apabila penganutnya menyeleweng
daripada ajaran asal.
Bagaimanapun, cara penganut agama lain melaksanakan puasa bukan penting
dibincangkan, tetapi keyakinan mereka meniru apa dilakukan oleh umat Islam
membuktikan kepentingan puasa dalam membentuk hubungan antara manusia dengan
penciptanya yang perlu sentiasa rapat dan bersih daripada unsur-unsur lain.
Memandangkan keistimewaan ibdat puasa, maka Allah menjadikan bulan di mana
ibadat tersebut diwajibkan, diberikan pelbagai insentif dan kelebihan yang
tidak terhingga. Ia membuktikan kemurahan Allah menilai hubungan ketakwaan yang
wujud melaluinya.
Amalan wajb digandakan pahala, sedangkan amalan sunat diberikan ganjaran pahala ibadat wajib. Beruntunglah sesiapa melipatgandakan amalan kebaikan untuk meraih sebanyak mungkin pahala pada bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment