Sunday, 23 May 2021

BAHAYA PENYAKIT BERKAITAN BABI

Rakyat tentu tidak lupa apabila Negeri Sembilan dan Selangor ‘diserang’ wabak penyakit Japanese Encephalitis (JE) pada tahun 1999. Hal ini telah banyak membawa kesusahan dan keperitan hidup seharian rakyat khususnya di sekitar kawasan yang dilanda wabak ini.

Menurut World Health Organization, virus JE disebarkan oleh nyamuk jenis Culex Tritaenniorhynhcus dan Culex Vishnui yang hidup di kawasan seperti sawah. Apabila nyamuk jenis tersebut menghisap darah babi, virus berkenaan dipindahkan ke dalam badan babi dan membiak.

Wabak tersebut menakutkan seluruh penduduk Malaysia dan memberi implikasi negatif kepada industri pelancongan dan perhotelan, serta pandangan umum masyarakt dunia terhadap Malaysia. 

Memang elok daging babi diimport dari luar negara. Negara selamat daripada masalah yang berkaitan dengannya. 

Cadangan ini bukan ada kaitan dengan agama atau bangsa, tetapi lebih kepada untuk kepentingan bersama. 

Dalam al-Quran jelas menyatakan bahaya mengenai daging babi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah: 'Tiadalah aku peroleh wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi -kerana sesungguhnya semua itu kotor” (Surah Al An'aam: 145)

No comments:

Post a Comment