CIA World Factbook 2017 melaporkan
kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding negara-negara
Asia Tenggara yang lain.
Nilai kemiskinan negara berada hanya
pada 3.8 peratus berbanding Vietnam dan Indonesia (11.3 peratus),
Thailand (12.6 peratus), Laos (22 peratus), Filipina (25.2 peratus) dan Myanmar
(32.7 peratus).
Kedudukan Malaysia jauh lebih baik jika
dibandingkan dengan negara yang mempunyai nilai kemiskinan paling tinggi, Syria
(82.5 peratus), Madagascar (75.3 peratus) dan Zimbabwe (72.3 peratus).
Rakyat seharusnya rasa bersyukur dengan kejayaan negara kita
menjaga kesejahteraan hidup rakyat.
Menurut laporan itu juga, Keluaran
Dalam Negara Kasar per kapita Malaysia adalah sebanyak ($27,200), jauh lebih
baik dari negara serantau yang lain seperti Thailand ($16,800), Indonesia
($11,700), Filipina ($7,700), Vietnam ($6,400), Myanmar ($6,000), dan Laos
($5,700).
Pencapaian Malaysia itu berbeza
daripada persepsi sesetengah pihak yang menganggap negara tertinggal berbanding
negara jiran.
Hakikatnya, Malaysia telah
mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang cukup baik berbanding negara-negara
jiran.
Samuel P. Huntington dalam bukunya
“Political Order in Changing Societies” menyatakan satu cara untuk menilai
pembangunan politik sesebuah negara ialah dengan melihat kepada pertumbuhan
ekonominya.
Indeks pengukuran yang beliau gunakan
ialah pendapatan per kapita dan kadar kemiskinan.
Dengan usaha kerajaan untuk menjadikan
negara ini sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, rakyat bakal menikmati kehidupan
lebih baik pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment