Istilah “gastronomi” bermaksud; kajian,
seni atau amalan memilih, menyediakan atau memakan makanan yang baik.
Pemilihan makanan yang baik amat penting
bagi memastikan apa yang makan dapat memberi manfaat daripada segi memberi
tenaga dan kesihatan, serta menjauhkan berlaku kesan buruk akibat memakan
makanan atau minuman tersebut.
Masyarakt Melayu amat teliti dalam
penyediaan makanan yang baik. Sumber makanan diperoleh secara semula jadi
daripada alam sekitar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman, bijirin,
ubi dan sebagainya. Bahan itu sama ada dimakan segar atau mentah atau diproses
menjadi gulai, kuih, kudapan dan sebagainya.
Hasil ternakan seperti daging, telur dan susu,
serta ikan juga menjadi sumber makanan yang baik dalam masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu hanya memakan haiwan yang halal dan baik dimakan selaras
dengan tuntutan agama Islam yang menjadi anutan atau pegangan.
Konsep memilih makanan halal amat penting
kerana ia menjamin kebaikan. islam hanya membenarkan umatnya memakan makanan
yang baik.
Firman
Allah SWT yang bermaksud:“Wahai sekalian manusia! makanlah yang halal lagi baik
daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”. - (Surah al=Baqarah, ayat 168)
Sebenarnya banyak kebaikan mengapa kita
perlu memilih hanya memakanan yang baik. Pertama, ia
boleh memberikan ketenteraman kepada jiwa kerana sesuai dengan fitrah manusia.
Makanan yang haram dan syubhah pada kebiasaannya menjadikan jiwa tidak
tenteram, resah dan gelisah kerana bertentangan dengan fitrah.
Kedua, individu yang mengutamakan pengambilan makanan halalan tayyiban
berupaya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadat dan amal soleh yang
dikerjakannya pula diterima dan doa yang dipanjatkan dimakbulkan.
Ketiga, makanan halalan tayyiban turut berperanan menyelamatkan seseorang daripada seksaan api neraka. Ia bertepatan sabda nabi SAW yang bermaksud: “Tidak tumbuh daging daripada yang haram, melainkan api neraka lebih utama baginya”. (Hadis riwayat Tirmizi).
Keempat, pengambilan makanan halalan tayyiban dapat membentuk darah
daging yang baik dan dapat membantu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah
yang terpuji.
Akhir sekali, makanan berstatus halal tayyiba dapat membantu menghindarkan daripada pelbagai penyakit.
Akhir sekali, makanan berstatus halal tayyiba dapat membantu menghindarkan daripada pelbagai penyakit.
No comments:
Post a Comment