Pisang emas atau pisang
mas adalah satu varieti pisang Malaysia yang paling terkenal. Pisang ini
didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 2013 dan diberikan nombor daftar MP3.
Asal nama pisang mas
mungkin berasal dari dua ciri pentingnya: warna kulit yang keemasan dan rasa
manis yang luar biasa. Nama ini mencerminkan kemegahan dan kelezatan.
Maka, apabila pisang mas disenaraikan 10 pisang terbaik
dunia yang dikeluarkan oleh TasteAtlas, ia adalah satu pengiktirafan yang
sewajarnya. Malah, lebih menarik lagi pisang mas menduduki tangga pertama.
Menurut TasteAtlas, pisang mas sejenis pisang bersaiz kecil
yang terkenal dengan rasa manis serta tekstur yang berkrim.
Ia mudah dikenali kerana saiznya yang lebih kecil dan lebih
langsing berbanding pisang Cavendish yang lebih biasa ditemui. Kebiasaannya,
pisang ini berukuran sekitar 10 hingga 15 sentimeter..
Apa yang membezakan pisang mas daripada jenis pisang lain
ialah rasa manisnya yang luar biasa serta teksturnya yang lembut dan berkrim.
Ia amat digemari untuk dimakan segar kerana rasa manisnya
sering disamakan dengan madu.
Selain itu, pisang ini juga mempunyai profil rasa yang halus
dan hampir beraroma bunga.
Kulitnya yang nipis serta isinya yang kurang padat
berbanding pisang bersaiz besar menjadikan teksturnya unik dan menyenangkan
apabila dimakan.
No comments:
Post a Comment