Tuesday, 18 July 2023

UBI GADONG KELAPA PARUT

 
Pokok gadong tumbuh meliar secara semula jadi di kawasan hutan. Pada masa dahulu ia mudah ditemui, bukan sahaja di kawasan hutan, bahkan di pinggir kampung. Ia sejenis tumbuhan dengan batang menjalar yang berduri kasar.
 
Ubi gadung yang beracun memerlukan pemprosesan untuk membolehkan ia selamat dimakan. Ia dilakukan secara tradisional untuk membuang racun yang ada di dalam ubi tersebut.
 
Caranya agah mudah; bersihkan kulit luar, ricih nipis nipis kemudian masukkan dalam guni. Ia kemudian direndam dalam sungai atau parit untuk mengeluarkan racun. Sebab itu elok jika diletakkan di laluan air yang mengalir.
 
Biarkan selama seminggu direndam dalam air. Kalau hendak tahu kandungan rucun telah keluar habis, ada ikan kecil mula mencubit hirisan ubi dari guni tadi. Kira boleh diangkat guni diisikan ubi gadong itu biarpun belum cukup seminggu.
 
Ubi gadong sesuai direbus sebelum dimakan bersama dengan kelapa muda parut. Ia juga boleh direbus atau ditanak bersama beras pulut.
 
Memandangkan bekalan ubi gadong semakin sukar ditemui, sekarang ini ada pihak yang menanam ubi gadong bagi memastikan bekalan ibu gadong dapat memenuhi permintaan.
 
Ubi gadong siap masa dan disediakan dengan kelapa muda parut kita ada dijual di pasar pagi atau pasar tani tertentu. Peluang untuk menemui penjual ubi gadong memang sukar, tetapi jika berusaha bertanya, ada rezeki dapat merasainya.
 






No comments:

Post a Comment