Tuesday, 11 July 2023

Gubal Akta Pendanaan Politik

 
Kerajaan digesa agar mempercepat usaha menggubal Akta Pendanaan Politik bagi mengawal pengaruh wang dalam politik.
 
Penggubalan undang-undang itu perlu disegerakan memandangkan draf rang undang-undang mengenai pendanaan politik sudah siap sejak enam tahun lalu.
 
Undang-undang mengenai pendanaan politik yang lebih ketat dan telus akan membantu mencegah penyalahgunaan kuasa, mengawal pengaruh kewangan dalam politik dan memastikan proses politik yang lebih adil dan demokratik.
 
Pada Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman SaidAzalina ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan akan merujuk Akta Pendanaan Politik kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan diwujudkan.

 


No comments:

Post a Comment