Thursday 14 November 2019

BAYI BAHARU LAHIR HINGGA USIA TIGA BULAN


Tempoh 3 bulan adalah tempoh segala organ deria anak masih belum matang. Dia hanya boleh melihat sejauh 20 centimeter sahaja dari pandangan mata dia.

Waktu ini, baby lebih banyak belajar tentang rangsangan daripada tindakan refleks atau spontan daripada diri dia sendiri. Contohnya macam genggam jari kita, hisap susu, menendang dan gerakkan tangan dia (menggapai-gapai).

Dia banyak explore sekeliling hanya gunakan mata dan telinga sahaja. Sebab tu suara pertama yang dia kenal adalah suara ibunya.

Dan untuk usia 3 bulan pertama ni, cara baby bermain lebih melibatkan pemerhatian mata dan explore tubuh badan sendiri terutamanya bahagian tangan.

Cara bermain yang melibatkan deria dan anggota badan ini dinamakan sebagai 'exploratory' atau 'practice play'.

Pada usia baby 3 bulan, dia dah start pandai meniarap dan terlentang, pandai senyum pada ibu dia, pandai capai dan genggam objek yang ada depan mata dia, palingkan kepala pada sumber bunyi atau cari mana datangnya bunyi tu.

Jadi, daripada perkembangan bayi pada 3 bulan yang pertama, ada ciri mainan yang kita perlu cari sebab dengan 4 ciri inilah bayi tunjukkan cara dia bermain dan meneroka seperti:
- Bayi melihat mainan. Jadi, ciri mainan mesti melalui warna yang terang. Seeloknya mainan itu bergerak perlahan untuk rangsang pergerakan mata bayi.
- Bayi merasa, menggenggam dan manipulasi mainan melalui sentuhan tangan. Untuk itu, ciri mainan mesti mudah dipegang, lembut dan bertekstur yang ada biji-biji pada permukaan mainan.
- Bayi mendengar mainan.  Ciri mainan mesti ada unsur bunyi seperti muzik lembut atau loceng.
- Bayi masukkan mainan dalam mulut. Maka itu, mainan mestilah lebih besar daripada mulut bayi supaya tak tertelan, bebas daripada toksik dan boleh dibasuh.

No comments:

Post a Comment