Monday 22 January 2018

JANGAN BERPUTUS RAHMAT UNTUK BERTAUBAT


Jangan berputus rahmat dari Allah SWT kerana sesungguhnya Dia Maha Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Ibnu Abbas menjelaskan: "Penduduk Mekah yang hendak masuk Islam berputus asa, Mereka mengatakan:

“Apakah kita boleh berhijrah dan berIslam, sementara kita telah menyembah berhala-berhala, membunuh jiwa-jiwa yang diharamkan Allah dan telah berbuat kesyirikan (dosa terbesar.)?”

Dalam surah az-Zumar, pada ayat yang telah disebutkan, Ibnu Taimiyyah berkata: "Tidak patut bagi siapa pun untuk berputus asa dari rahmat Allah dan jangan pula salah seorang menjadikan orang lain berputus asa dari rahmat-Nya".

Ulama Salaf berkata: *"Sesungguhnya orang yang paling pandai adalah orang yang tidak membuat orang lain merasa putus asa dari rahmat Allah dan tidak pula membuat mereka berani untuk bermaksiat kepada-Nya . 

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali melakukan zalim dan kejam kepada hambaNYA.  Kepada yang telah melakukan dosa, bersegerlah bertaubat.

Pintu taubat sentiasa terbuka. Mohonlah maghfirah atau keampunan dari-Nya selagi nyawa masih ada.  

Ketahuilah syaitan sentiasa membisikkan supaya mereka lalai dari memohon taubat kerana ia telah menguasai dirinya .

Orang itu merasakan dia telah berputus asa untuk bertaubat walaupun dia mengetahui bahawa Allah akan menerima taubatnya apabila ia bertaubat.

Semoga kita bukan tergolong dalam golongan orang tidak bertaubat.

No comments:

Post a Comment